MANUAL AMALAN MASYARAKAT..NEGARA ZIKIR : SATU PENGENALAN..
tajuk ateh ni adalah tjuk perbincangan dalam program bicara sufi yg dibahaskan oleh ahli jilsah thuruq sufiyyah negeri sembilan dan juga mantan mufti n9 iaitu Dato' Hj murtadza bin Hj Ahmad..
zikir adalah amalan yg digalakkan oleh syariat Islam. tp, ianya seolah2 dlupakan.al-zhikir skang slalu dianggap sbgai satu amalan yg dilakukan oleh golongan tertentu.
Ia juga dianggap sbgai amalan yg bercanggah dan boleh mmbawa kpada kemunduran serta bercanggah pula dgn dalil2 drpda Al-quran dan al-hadith.sdgkan ianya adalah satu suruhan yg msti dilakukan oleh umat Islam.Ianya boleh dilakukan dlm apa jua keadaan..
فاذكروني أذكركم وشكرولى ولا تكفرونز..
(fazkuruuni azkurkum wasykuruuni wala takfurun..)-Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dgn mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dgn kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan jgnlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).(surah al-baqarah, 2:152)
negara umat Islam akn mnjadi perkasa dan sentiasa berada di bawah naungan Allah jika seandainya umat Islam itu sendiri menunjukkan minat dan kecintaannya terhadap amalan ketaatan dan meninggalkan segala laranganNya..walaupun manusia disuruh agar berusaha tetapi Allah tetap menjadi penentu kpd kejayaan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara.
setelah melihat dan meneliti kepentingan zikir ini dalam kehidupan peribadi dan kehidupan bernegara maka dah smpi masanya amalan zikir ini dibudayakan. Menbudayakan zikir bkn bererti utk menjadikannya sbgai upacara rasmi yg akn dtentukan tarikh dan tempatnya. sebaliknya membudayakan amalan zikir ini ialah memprogramkannya sehingga warga Negara seluruhnya akn mengingati Allah dalam apa jua keadaannya..
Adalah besar harapan kita utk melihat Malaysia menjadi Negara Islam contoh dalam mendidik masyarakatnya supaya berzikir kpd Allah.Rakyat yg berzikir dan sntiasa mengingati Allah akn mndapat rahmat disisi Allah dgn kadar yg xdpt dibayangkan oleh kemampuan manusia itu sendiri..Wallahua'lam.