Wednesday, June 9, 2010

RIYA'??

SALAMULLAHI ‘ALAIKUM WARAHMATUHU WABARAKATUH...


وذكّر فإن الذكر تنفع المؤمنين
[peringatkanlah karena sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang-orang yang beriman]

Sedikit kupasan daripada kitab tanbighul ghafilin (peringatan bagi orang2 yang lupa) karangan Abbullaits assamarqandi berkaitan dengan amal perbuatan yg tidak ikhlas. .

Dan adapun riya’ itu ialah beramal untuk dilihat orang dan dipuji.seseorang yg beramal haruslah bersih hatinya dari segala tujuan selain keridhaan Allah.

Seorang ahli hikmat berkata, contoh orang yang beramal dengan riya’ itu umapama seorang yg pergi ke pasar dan mengisi kantongnya dengan batu supaya orang yg melihatnya akan merasa kagum dan berkata:
Penuhnya kantung org tu!! Tetapi hakikatnya pemiliknya tidak mendapat apa2 melainkan pujian semata-mata. Dan begitulah jua org yg beramal dengan riya’ sum’ah tidak ada pahalanya di akherat kelak.

 Pada hari qiamat kelak beberapa orang diperintahkan untuk dibawa ke sorga  dan setelah melihat keindahannya dan merasakan bau yg harum maka diperintahkan untuk dibawakan orang itu jauh dari sorga tersebut kerana tiada bahagian baginya di dalam sorga tersebut. Mereka berkata: “ Ya tuhan, mengapa kau masukkan kami ke dalam neraka sedangkan sebelum itu kau memperlihatkan kepada kami syurga yg telah engkau sediakan bagi para waliMu?

Jawab Allah: sengaja aku berbuat begitu kepada kamu. Kamu dahulu apabila bersendirian berbuat dosa-dosa besar, dan bila di muka orang-orang berlagak alim sopan dan ta’at, kamu hanya riya’, memperlihatkan kebaikan kepada manusia, dan tidak takut kepadaKu,kamu mengagungkan orang dan tidak mengagungkan Aku,maka kini Aku merasakan kepada kamu kepedihan siksaKu, di samping aku haramkan atas kamu kebesaran pahalaKu.  

 Tanda org yg riya’ itu ada empat: malas jika bersendirian, dan tangkas bila di muka orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.- Ali bin abi thalib.

  Jadi sedikit peringatan ini bagi sahabat2 islam  yg disayangi agar kita manusia yg sentiasa lupa ini menjaga segala amalan kita dripada sifat riya’.dan sifat riya’ ini selalu ada dalam hati orang2 munafiq, dan orang yg munafiq itu amat besar seksaannya di akhirat kelak-

                                     إن المنافقين في الدرك الأسفل من النار                                      
                                             Innal munafiqiin fiddarkil asfali minannar

Dan orang munafiq itu tempatnya dalam tingkat terbawah dalam api neraka..nauzubillah.
WALLAHU A’LAM..