ade yg ketawa..tdak kurang juga yang gundah gulana..stelah 1 sem keringat dikerah..akhrnye berakhir sudah final exam..mungkin ade yang tdak sabar tok mnjejakkan kaki ke kg halaman masing2 dan ade gak yg tpakse stay tok beberapa prog yg dianjurkn phak usim..di saat ini kita akan berpisah smentara waktu..dan igtlah sahabat2ku bahawa tanpa pertmuan tiadalah perpisahan..eppy olyday..take care!!!sape xtaw nk wtpe cti ni cntact den yo..weeeeee
Balaghal ula be kamaalihi.Kashafad duja be jamalihi.Hasanat jami'u khisaalihi.Sallu 'alayhi wa aalihi.
Monday, November 16, 2009
last exam..
ade yg ketawa..tdak kurang juga yang gundah gulana..stelah 1 sem keringat dikerah..akhrnye berakhir sudah final exam..mungkin ade yang tdak sabar tok mnjejakkan kaki ke kg halaman masing2 dan ade gak yg tpakse stay tok beberapa prog yg dianjurkn phak usim..di saat ini kita akan berpisah smentara waktu..dan igtlah sahabat2ku bahawa tanpa pertmuan tiadalah perpisahan..eppy olyday..take care!!!sape xtaw nk wtpe cti ni cntact den yo..weeeeee
Sunday, November 8, 2009
hobin jang hobin
Negeri Sembilan 3 Kelantan 1
Oleh Ahmad Khawari Isa, Harris Rajahdin dan Khairil S Iswan
bhsukan@bharian.com.my
TIGA suku stadium dipenuhi penyokong Kelantan. Hanya di penjuru kanan saja diisi penyokong ‘kuning’ dari Negeri Sembilan pada saingan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. |
PERANG psikologi sebelum sepak mula final Piala Malaysia, malam tadi jelas milik Kelantan yang mencipta 'lautan merah' apabila ribuan penyokong 'The Red Warriors' hampir menguasai segenap pelusuk Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Kehadiran penyokong itu yang merentang kain dan sepanduk dengan kata-kata buat mengapikan semangat pemain negeri sebelum menentang Negeri Sembilan mencetus senario penuh berwarna di gelanggang kira-kira empat jam sebelum saingan memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan.
Turut kelihatan, ‘Piala Malaysia Hok Kito, ‘Kito anak Kelate, ‘Wira Merah, Tanah ‘Merah’, ‘Mari puok kito, pakat sokong.’
Dentuman mercun dibunyikan acap kali kedengaran juga menyumbang kepada kemeriahan serta menggamatkan suasana di dalam stadium.
PEMAIN Negeri Sembilan meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. |
Nasihat untuk tidak membawa bendera parti politik ke dalam stadium tidak diendahkan apabila bendera parti kerajaan Kelantan diusung mengelilingi Lautan Merah.
Sementara itu sikap ghairah untuk meraikan penampilan final Piala Malaysia pertama selepas 39 tahun menyaksikan ribuan penyokong Kelantan menyerbu masuk ke stadium sebaik pintu masuk dibuka, petang semalam.
Sebaik pintu merah dibuka pada 4.51 petang, penyokong Kelantan yang mengatasi penyokong Negeri Sembilan dengan nisbah 4:1 berasak-asak memasuki stadium umpama tsunami merah.
REAKSI pemain Negeri Sembilan, Hairudin Omar selepas meledak gol kedua ketika menentang Kelantan, malam tadi. |
Friday, November 6, 2009
TAJUL MULUK
Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
Rahsia Warna Kegemaran Wanita
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna
kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna
dan tafsiran perwatakannya.
MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan
cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa
tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
Tuesday, November 3, 2009
Allahuma'ana..
eventhough how hard u and her tried, and how good u and her planned to be, and how many sacrifies u and her made, when Allah said that u are not created for her and she is not created for u,just think that there's someone is better for u and for her.just accept it as it is coz we cannot fight faith..khalasss!!!smoge kamu menjadi org yg bertemu dan berpisah krana Allah..
jadi sahabat2..kte fikirkan sjenak.Dialah yg menentukan syurga atau neraka kite kelak..nape ramai skang ni yg pntgkan cnte trhadap hambaNya?bkn Dia?
dahulukan mana yg perlu dan pntingkan mana yg penting.smoge kemanisan iman itu milik kita bersama..aminn
ust asri??
Bekas Mufti Perlis Ditahan Semasa Adakan Ceramah
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.
Menurut beberapa saksi, Asri ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Hulu Klang.Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.
Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.
– BERNAMA
Dr. Asri dilepas
Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Nov. – ‘‘Ini merupakan satu penantian yang sia-sia.’’ Itu adalah reaksi bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selepas beliau menunggu lebih tiga jam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.
Bukan setakat dibiar umpama menunggu buah yang tidak gugur, beliau juga tidak dimaklumkan tujuan sebenar diminta hadir ke mahkamah pada pagi ini.
‘‘Saya pun tak tahu. Mengikut bon jaminan yang dikeluarkan awal pagi tadi, saya diminta untuk berada di mahkamah ini pukul 9 pagi. Untuk apa tak tahu, beri keterangan ke atau nak dakwa ke, saya betul-betul tak tahu.
‘‘Malah saya juga ingin betulkan bahawa malam tadi saya juga tidak disoal siasat oleh mana-mana pihak berkuasa sebaliknya hanya diminta untuk memberikan beberapa butiran peribadi,’’ katanya yang menunggu di mahkamah sejak pukul 8.45 pagi.
Menurut laporan akhbar hari ini, Mohd. Asri ditahan ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang malam tadi.
Turut berada di ceramah tersebut ialah Ahli Parlimen Ampang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib.
Pada pagi ini, hadir memberi sokongan kepada bekas mufti itu ialah aktivis masyarakat, Datin Paduka Marina Mahathir dan Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar.
Selain itu, hampir 50 penyokong bekas mufti itu berada di mahkamah seawal pukul 8 pagi.
Kira-kira pukul 9 pagi, beberapa petugas media dan orang awam mula mengambil tempat di dalam dewan tetapi kira-kira 30 minit kemudian, seorang kakitangan mahkamah memaklumkan bahawa kes Mohd. Asri tidak akan disebut kerana ia masih di peringkat siasatan.
Malah, semakan di mahkamah juga mendapati tiada sebarang fail pertuduhan ke atas kolumnis Mingguan Malaysia itu telah dibuat.
Kira-kira pukul 10 pagi, Mohd. Asri dilihat memasuki bilik pendaftar mahkamah bersama-sama peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Azmi Mohd. Rais bagi tujuan pelantikan peguam.
Sejurus selepas itu, media kemudian dimaklumkan oleh Zulkifli bahawa pihaknya kini sedang menunggu pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam.
Ujar Zulkifli, pada ketika ini, bekas mufti berkenaan disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.
Mengikut seksyen berkenaan, seseorang individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Mohd. Asri, para peguam, petugas media dan penyokongnya menunggu di mahkamah sehingga hampir pukul 1 tengah hari sebelum dimaklumkan bahawa tiada pendakwaan akan dibuat pada hari ini.
Bekas mufti itu hanya diminta oleh salah seorang anggota JAIS untuk menyerahkan salinan kad pengenalan beliau dan beberapa maklumat lain.
Maklumat tersebut adalah bagi pengeluaran satu lagi bon jaminan oleh jabatan agama tersebut menggantikan bon jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikeluarkan malam tadi.
Difahamkan, pihak pendakwaan tidak dapat membuat sebarang dakwaan kerana masih menunggu arahan daripada Mufti Selangor.
Selepas Mohd. Asri dibebaskan dengan jaminan tanpa cagaran, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana telah diminta menunggu di mahkamah tanpa sebab.
Beliau juga meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana tidak ada seorang pegawai atau anggota JAIS yang bertemu dengannya atau menghubunginya untuk memberitahu perkembangan kes itu.
Mohd. Asri turut memaklumkan media bahawa beliau akan bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom di Hotel Putra sejurus selepas itu.
tolon..tolon...
--S: (n) examination, exam, test (a set of questions or exercises evaluating skill or knowledge) "when the test was stolen the professor had to make a new set of questions
cambes je cntoh ayt tu...he2.mkin dokek exam mkin mls nk stadi..(cey mcm la pna stadi ble xexam)..hee..ade sesape ley tlg bg smgt??tolon..tolon..
cambes je cntoh ayt tu...he2.mkin dokek exam mkin mls nk stadi..(cey mcm la pna stadi ble xexam)..hee..ade sesape ley tlg bg smgt??tolon..tolon..
Subscribe to:
Posts (Atom)