Wednesday, December 1, 2010

8 petanda die soulmate(jodoh) anda


 assalamualaikum..terbaca note ni.saje nak share..:-)

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

"Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam,bukan dari kepalanya utk dijunjung diatasnya,bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,tetapi disisnya utk dijadikan teman hidupnya,dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya utk dicintai"


mungkin ada betol dan ada salahnya petanda2 ini..apa yg pasti, tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia(batil) melainkan didahului dengan hikmah..


p/s dari seorg insan: kalau kita suka seseorang tu berdoalah kepada Allah..dan smoga kamu mndapatkannya berlandaskan dengan landasan yg betul..;-)


wassalam..

Saturday, November 20, 2010

Bai' salam dan Bai' istisna'

antara realiti dan konspirasi..(bukan tajuk sebenar).haha

 p/s:tujuan post ni sbenarnya nk post kat grup fifa facebook..tapi ade  kalangan kami yg tidak ader fb..so bley cek kat cni..same2 bncang.kt fb juga sudah di post

before tu, den nak bagi jelas kenapa ade jual salam dan istisna'

seperti yg kita tahu,basic syarat kpada jual beli.:
1.barang kene ader
2.barang yg dijual mstilah milik si pnjual
3.barang itu mstilah dimiliki oleh pnjual dalam keadaan yg fizikal atau konstruktif..

akan tetapi ye tuan2 dan puan2..ade 2 jual bli yg dikecualikan (istisna'):
1.bai' salam
2.bai' istisna'

sedikit perbezaan antara bai' salam dan bai' istisna'...mungkn ada yg terkeliru..
sememangnya kedua akad ini adalah akad order (tempah)

1.BAI' SALAM (lebih rumit sedikit ya darpada istisna')

bai' salam ni die punye matlamat ialah untuk memenuhi keperluan kepada penjual secara instant atau dalam omputehnye, (to fulfill the instant need of the seller)..
jadi transaksi salam ni mmberi keuntungan bukan saja kepada si penjual (kerana dapat duit  secara total semasa akad) malahan juga untung kepada si pembeli kerana (kebiasaannya harga die lebih murah walaupun secara total)..
so, salam= (bayar  penuh+barang akan diberi pada masa tertentu dan bukan on the spot)
                  (Price is in cash but the supply of goods is deferred.)

contoh situasi:
al kisah~EN. A nak luaskan penanaman buah gajusnya dan sangat memerlukan duit sebanyak rm20,000..so dia bncang dngan bank islam...bank islam stuju nak bli kat en A ni 10 tan buah gajus die dgn harga rm 20,000.so en A kene serahkan hasil 10 tan gajus die dlm masa tertentu yg ditetapkan dalam kontrak misalnya selepas 2 tahun..dan bank islam bayar cash brape yg en A nak untuk kos penanaman gajusnya itu...bank byr cash selepas persetujuan dibuat..
bile da dpt 10 tan gajus tu bank akan jual dgn harga yg lbih (untuk mndapat sedikit keuntungan).

2.BAI' ISTISNA

jual beli istisna ni die mcam tempahan yg kita biasa buat sekarang la..kesepakatan harga dapat dilakukan mnerusi tawar2 menawar dan boleh bayar secara ansuran ataupun cash..

contoh situasi:
A ingin membina rumah..so die ckp kt developer tuh nak rumah sekian2 rupa dan bajetnye..so dalam tempoh pembinaan rumah tu die bley bayar secara ansuran..supaya tidak berlaku ketidaktanggungjawaban si developer td..tp xde masalah pon nk byr penuh..kalau duit da cukup dan kite pcaya kat pembina rumah tu..

dia ade 2 jenis sbnarnya tp aku trang takat ni jela dlu.tkut makin rumit..dan x beserabut kpala utak den ni.hehe

izan, kesimpulan perbezaan salam dan istisna ni:

1.salam dibayar cash, istisna bisa dibayar cash dan bisa diansur2kan.(hehe)
2.salam akadnye diikat secara tabi'i (fixed) dan istisna boleh berubah (may change) jika barang yg dipesan tidak siap.



sebarang penambahan,pembetulan amatlah dialu2kan
saya akhiri nota ini dengan serangkap pantun

Tuku takal pengancing pintu       Budak nakal memang begitu 
(xde kne mgena pon.)hihi.
salam~

Thursday, October 21, 2010

CERMIN DIRI







1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 


2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 


3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. 


4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. 


5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 


6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal. 


7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan. 


8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan. 


9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula. 


10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. 

Friday, October 8, 2010

WARKAH BUAT GADIS SOLEHAH



Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wahai Gadis Solehah…

Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.

Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad di akhir zaman ini. Bagi mu Al-quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

Gadis Solehah..

Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan. kalimah Allah..

Gadis Ku..

Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan. Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida dan yang paling melembutkan hati…. tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi… mengingatkan ku tentang firman allah swt:




“Wahai wanita –wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,”

Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.

Gadis  solehah…..
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Zuran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga dengan  Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu  dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Gadis solehah….
Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah swt buatmu…

“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”

Kekalkan hijabmu hingga  keakhir hayatmu …

Kau idaman lelaki beriman.

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..

Sekadar buat renungan……………
 :)


Monday, August 2, 2010

MAAFKANKU...





FORGIVE YOURSELF, OTHER PEOPLE. But before forgiveness comes in, think about how other people hurt. Then realize that you can see yourself for what you actually are and not how they want you to be. So finding happiness is no longer rooted outside, but it's inside you - what you see, how you view things, what you want. Then it leads to your choice : to live your life with yourself.

Wednesday, June 9, 2010

RIYA'??

SALAMULLAHI ‘ALAIKUM WARAHMATUHU WABARAKATUH...


وذكّر فإن الذكر تنفع المؤمنين
[peringatkanlah karena sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang-orang yang beriman]

Sedikit kupasan daripada kitab tanbighul ghafilin (peringatan bagi orang2 yang lupa) karangan Abbullaits assamarqandi berkaitan dengan amal perbuatan yg tidak ikhlas. .

Dan adapun riya’ itu ialah beramal untuk dilihat orang dan dipuji.seseorang yg beramal haruslah bersih hatinya dari segala tujuan selain keridhaan Allah.

Seorang ahli hikmat berkata, contoh orang yang beramal dengan riya’ itu umapama seorang yg pergi ke pasar dan mengisi kantongnya dengan batu supaya orang yg melihatnya akan merasa kagum dan berkata:
Penuhnya kantung org tu!! Tetapi hakikatnya pemiliknya tidak mendapat apa2 melainkan pujian semata-mata. Dan begitulah jua org yg beramal dengan riya’ sum’ah tidak ada pahalanya di akherat kelak.

 Pada hari qiamat kelak beberapa orang diperintahkan untuk dibawa ke sorga  dan setelah melihat keindahannya dan merasakan bau yg harum maka diperintahkan untuk dibawakan orang itu jauh dari sorga tersebut kerana tiada bahagian baginya di dalam sorga tersebut. Mereka berkata: “ Ya tuhan, mengapa kau masukkan kami ke dalam neraka sedangkan sebelum itu kau memperlihatkan kepada kami syurga yg telah engkau sediakan bagi para waliMu?

Jawab Allah: sengaja aku berbuat begitu kepada kamu. Kamu dahulu apabila bersendirian berbuat dosa-dosa besar, dan bila di muka orang-orang berlagak alim sopan dan ta’at, kamu hanya riya’, memperlihatkan kebaikan kepada manusia, dan tidak takut kepadaKu,kamu mengagungkan orang dan tidak mengagungkan Aku,maka kini Aku merasakan kepada kamu kepedihan siksaKu, di samping aku haramkan atas kamu kebesaran pahalaKu.  

 Tanda org yg riya’ itu ada empat: malas jika bersendirian, dan tangkas bila di muka orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.- Ali bin abi thalib.

  Jadi sedikit peringatan ini bagi sahabat2 islam  yg disayangi agar kita manusia yg sentiasa lupa ini menjaga segala amalan kita dripada sifat riya’.dan sifat riya’ ini selalu ada dalam hati orang2 munafiq, dan orang yg munafiq itu amat besar seksaannya di akhirat kelak-

                                     إن المنافقين في الدرك الأسفل من النار                                      
                                             Innal munafiqiin fiddarkil asfali minannar

Dan orang munafiq itu tempatnya dalam tingkat terbawah dalam api neraka..nauzubillah.
WALLAHU A’LAM..

Monday, April 19, 2010

Hijrah ibarat keldai??



Knape post asek berkaitan tentang haiwan ye..he2.saje nk tarik phatian


Tajuk tazkirah ini adalah berkaitan dengan hijrah kepada Allah dan RasulNya dgan sbenar2 hijrah..


إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه



Dalam hadith tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya itu itu adalah kepada Allah dan rasulNya. Barangsiapa yang berhijrah kpada dunia atau wanita untuk dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yg dia hijrahkan..

Suka di sini untuk mengambil kata2 yang pernah diungkapkan oleh syeikh Ibn ‘Ata’ Allah al-sakandari (r.h) Dalam kitabnya :

لا ترحل من كون الى كون, فتكون كحمار الرحى يسير, والمكان الذي ارتحل اليه, هو الذي ارتحل عنه ولكن ارتحل من الأكوان الى المكوّن, وإنّ إلى ربك المنتهى

Maksudnya:

Janganlah anda berpindah (berhijrah) daripada alam makhluk menuju ke alam yg lain, nescaya engkau akan jadi seperti keldai pengirah air ( atau keldai pengisar gandum) yg berjalan, sedangkan tempat yg ia tujui itu, itulah juga tempat yg ia mulakan perjalanannya. Tetapi, hendaklah anda berhijrah daripada makhluk menuju Tuhan Pencipta Makhluk. Sesungguhnya kepada tuhanmu itulah tempat (perjalanan) terakhir.

Perjalanan daripada suatu alam menuju ke suatu alam bermaksud perjalanan daripada suatu makhluk untuk mencari makhluk, seumpama orang yang hidup secara zuhud di dunia dan memfokuskan diri beribadah kepada Allah, di mana dengan perbuatan itu dia mencari keselesaan tubuh badannya dan mencari habuan dunia..(Ibn ‘Ajibah, 125)

Antara niat mereka beribadah adalah untuk:

-mencari keistimewaan di kalangan manusia seperti mencari penghormatan manusia atau penerimaan manusia terhadap dirinya, atau mencari kemegahan atau mencari kemaliaan diri serta menanam perasaan hebat dalam hati manusia terhadap dirinya.

-mencari karamah atau keramat dan perkara-perkara pelik yg bertentangan dengan kebiasaan adat

-mencari mahligai dan bidadari di syurga dan lain2.



Jadi tidak wajarlah seorang hamba itu meninggalkan mana2 habuan dunia ( seperti zuhud meninggalkan kemewahan dunia) tetapi dlm masa yg sama dia berusaha mencari habuan dunia yg lain pula bentuknya atau mencari kepentingan diri atau kepuasan hawa nafsunya dalam pelaksanaan ibadahnya.



Maka, seseorang hamba yg ingin berjalan menuju Allah (s.w.t) amat wajar mengangkatkan segala hemahnya kepada Allah Tuhan yg Maha Mulia, maka dengan cara itu dia akan berpindah daripada melihat makhluk kepada mencari syuhud Allah. Atau, dia pasti akan berpindah daripada mencari dalil dan bukti kewujudan Allah kepada martabat syuhud dan penyaksian segala bukti kewujudan dan kebesaran Allah. Itulah matlamat tertinggi dan stesen terakhir perjalanan hidup seorang hamba di dunia ini. Firman Allah (s.w.t) :



وأنّ إِلى ربك المنتهىَ

Dan sesungguhnya, kepada tuhanmu, itulah (matlamat perjalanan) yang terakhir

(surah al-najm: 42).

Daripada Allah kita datang, untuk Allah kita beribadah dan kepada Allah jua kita akan kembali..
peringatan bagi diri yg hena dan sahabat2 yg dikasihi..
 

Monday, February 8, 2010

NEGARA ZIKIR : SATU PENGENALAN

MANUAL AMALAN MASYARAKAT..NEGARA ZIKIR : SATU PENGENALAN..


tajuk ateh ni adalah tjuk perbincangan dalam program bicara sufi yg dibahaskan oleh ahli jilsah thuruq sufiyyah negeri sembilan dan juga mantan mufti n9 iaitu Dato' Hj murtadza bin Hj Ahmad..

zikir adalah amalan yg digalakkan oleh syariat Islam. tp, ianya seolah2 dlupakan.al-zhikir skang slalu dianggap sbgai satu amalan yg dilakukan oleh golongan tertentu.
Ia juga dianggap sbgai amalan yg bercanggah dan boleh mmbawa kpada kemunduran serta bercanggah pula dgn dalil2 drpda Al-quran dan al-hadith.sdgkan ianya adalah satu suruhan yg msti dilakukan oleh umat Islam.Ianya boleh dilakukan dlm apa jua keadaan..

فاذكروني أذكركم وشكرولى ولا تكفرونز..
(fazkuruuni azkurkum wasykuruuni wala takfurun..)
-Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dgn mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dgn kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan jgnlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).(surah al-baqarah, 2:152)

negara umat Islam akn mnjadi perkasa dan sentiasa berada di bawah naungan Allah jika seandainya umat Islam itu sendiri menunjukkan minat dan kecintaannya terhadap amalan ketaatan dan meninggalkan segala laranganNya..walaupun manusia disuruh agar berusaha tetapi Allah tetap menjadi penentu kpd kejayaan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara.

setelah melihat dan meneliti kepentingan zikir ini dalam kehidupan peribadi dan kehidupan bernegara maka dah smpi masanya amalan zikir ini dibudayakan. Menbudayakan zikir bkn bererti utk menjadikannya sbgai upacara rasmi yg akn dtentukan tarikh dan tempatnya. sebaliknya membudayakan amalan zikir ini ialah memprogramkannya sehingga warga Negara seluruhnya akn mengingati Allah dalam apa jua keadaannya..

Adalah besar harapan kita utk melihat Malaysia menjadi Negara Islam contoh dalam mendidik masyarakatnya supaya berzikir kpd Allah.Rakyat yg berzikir dan sntiasa mengingati Allah akn mndapat rahmat disisi Allah dgn kadar yg xdpt dibayangkan oleh kemampuan manusia itu sendiri..Wallahua'lam.

Tuesday, January 19, 2010

Antara 2 MUHAMMAD

Jawapan Kepada Kenapa Al-Fateh Hebat (copy from rijal82.blogspot.com)

post ni saje je coz nk review mende yg ust syaari pna explen tyme cramah sal sultan muhammad al-fateh..1 cramah yg mantop.sbb b4 ni pon xpna dgr cte sal bginda..hope after dis ade lg la crmah2 cmni ye..:)..dan thanx to kila coz klu ko xmtk tlong ritu ak agk mls nk carik point2 pntg..weee

"Wow, hebatnya Al-Fateh, tidak pernah meninggalkan tahajjud sejak dari aqil baligh"

"Wow, hebatnya Al-Fateh, mampu mencipta meriam Urban yang melumpuhkan pertahanan Byzantium"

"Wow, hebatnya Al-Fateh, menguasai 7 bahasa."

"Wow, hebatnya Al-Fateh, memindahkan 70 buah kapal dengan melalui bukit bukau."

Sindrom "WOW" atau hero-worshipping tidak memberikan faedah kepada generasi baru gerakan Islam. Apa yang dinyatakan "WOW" tersebut hanyalah "effects" kepada satu "real cause" yang lebih wajar untuk ditakjubi dan diteladani. Akar kehebatan Sultan Muhammad tidak akan diketahui tanpa pembacaan mendalam sumber-sumber muktamar mengenai Usmaniah itu sendiri.


Demikianlah kuasa SISTEM PENDIDIKAN ISLAM USMANIAH OLEH PARA ULAMA (muderrsi) mereka. Sistem yang sama tetapi telah diwajibkan ke atas pelbagai generasi kepimpinan Usmaniah yang berubah setiap zaman dan ketika.

“A student, MUST study ALL the sciences, since they complement each other in forming a single word." - Taskopruluzade Ahmed (Ottoman Encyclopaedist dan antara guru terbaik Usmaniah melalui kitabnya Shakaik al-Nu'maniya, sebuah kajian biografi dalam bahasa Arab mengenai 522 orang ulama besar Usmaniah)




Inilah sistem pendidikan menyeluruh kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Jelas, beliau tidak menjadi hebat secara ‘kebetulan’, tetapi telah ‘dirancang’ dengan sistematik oleh para "muderris" Usmaniah.


 sdikit pndangan dari diri yg hina ini...


    assalamualaikum..saya rasa antara faktor lain, bginda merupakan seorang sufi yg hebat dan tidak pernah mnggalkan tahajud smenjak baligh..perlu kite tkan peranan sufi dalam kehidupan sbgai seorg muslim yg inginkan syurga Allah.Bak kata tuan guru nik aziz, Islam tidak lengkap jika tiada tasawwuf..dan ilmu tasawuf ni brkait rapat dgn konsep SQ yg ust terangkan haritu..bukankah kita pernah dgr kejayaan tokoh2 ulama sufi yg akbar seperti Syeikh Kadir Jailani yg mana xsilap saya, ade hadis nabi yg mnyebutkan kisah tntg dia.hadisnya lbih kurg cmni, akan datang, akan muncul seorang hamba Allah yg mampu untuk mengislamkan sebuah kaum scara sekaligus..hal ni dpt kita lihat dlm kisah syeikh ni yg menhidupkan org yg sudah mati slepas dicabar oleh seorg paderi..dialah kekasih Allah dan diangkat darjatnya sbgai ketua para awliya'Allah..Allahuyubarikfih..dan konsep Spiritual dalam ilmu tasawuf sgt hebat kesannya..ada ulama menyatakan bahawa, para wali Allah ini, Allah melipat2kan dunia baginya..bak kate tok gru sy,kalau setan tu boleh pergi dari hjung dunia ke hujung dunia dalam sekelip mata, tkkn manusia yg lg mulia daripadanya xboleh..jd sy brpendapat bahawa cara didikan yg diberikan oleh syeikh kpda sultan muhammad ini berteraskan penyucian rohani (tazkiyah) sehinggakan bginda mnjadi seorg sufi yg hebat..wallahua'lam