Tuesday, June 28, 2011

KemUrniAn Ummu Sulaim


seorang lg tokoh wanita dalam dunia Islam yang dmuliakan Rasulullah..harus dijadikan tauladan untuk semua ummat khususnya para muslimat


Ia seorang wanita keturunan bangsawan dari kabilah Anshar suku Khazraj memiliki sifat keibuan dan berwajah manis menawan. Selain itu ia juga berotak cerdas penuh kehati-hatian dalam bersikap, dewasa dan berakhlak mulia, sehingga dengan sifat-sifatnya yang istimewa itulah pamannya yang bernama Malik bin Nadhar melirik dan mempersuntingnya. Rumaisha Ummu Sulaim binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Malik adalah satu dari wanita saliha yang memiliki kedudukan istimewa di mata Rasulullah.
Pada saat Rasululllah menyerukan dakwah menuju tauhid, tanpa keraguan lagi Ummu Sulaim langsung memeluk agama Islam, dan tidak peduli akan gangguan dan rintangan yang kelak akan dihadapinya dari masyarakat jahili paganis.


Sebagai seorang janda, Ummu Sulaim cukup teguh pada pendiriannya. Ketika seorang lelaki, Abu Talkhah datang meminangnya, dia menolaknya. Tekadnya, dia harus berhasil menaklukkan calon suaminya dari musyrik menjadi muslim."Abu Talkhah, Allah mengetahui bahwa aku sungguh cinta kepadamu, namun sayang sekali kau masih kafir, sedang aku ini muslimah. Jika kamu mau memeluk Islam, aku tidak keberatan menerima lamaranmu. Aku tidak akan menuntut emas kawin kecuali keislamanmu itu, tiada yang lain." Katanya.


   Dengan perasaan malu dan kecewa, Abu Talkhah meninggalkan Ummu Sulaim karena keberatan masuk Islam. Tetapi karena dia sudah terlanjur cinta, pada kesempatan lain dia datang kembali, namun Ummu Sulaim tetap pantang menyerah."Abu Talkhah, apakah anda tidak malu menyembah kayu?" katanya.Mendengar ucapan itu, Abu Talkhah menjadi sadar dan insaf serta berikrar memeluk Islam seraya mengikrarkan syahadatain. Mendengar ucapan itu, Ummu Sulaim segera memanggil Anas anaknya. "Wahai Anas, kawinkan Abu Talkhah ini"Demikianlah, berkat kebijaksanaan Ummu Sulaim, Abu Talkhah memeluk Islam.  

 Bahkan akhirnya di kenal sebagai pembantu dan pendukung Rasulullah yang gagah berani dalam jihad fi sabilillah serta ikut menghadiri bai'at Aqabah.Ummu Sulaim sendiri dikenal sebagai wanita yang ikut terjun langsung dalam berbagai pertempuran bersama Rasulullah. Dialah yang memberi pertolongan kepada para prajurit muslim dengan memberi makanan dan minuman, serta merawat mereka yang terluka. Bahkan bersama Abu Talkhah suaminya, ibu ini pernah bertempur langsung merebut senjata musuh untuk membentengi Rasulullah.





Selamat untukmu wahai Ummu Sulaim,  engkau a
dalah seorang isteri solehah yang suka menasihati, seorang da`iyah yang bijaksana, seorang pendidik yang sedar sehingga memasukkan anaknya ke dalam madrasah nubuwwah tatkala berumur sepuluh tahun yang kemudiannya beliau menjadi seorang ulama diantara ulama Islam.
Selamat untukmu… Selamat untukmu…



Sunday, February 27, 2011

USAH PUTUS ASA!!

assalamualaikum...
usah putus asa..suatu ungkapan yg biasa tetapi sgt bermakna..
sememangnya dalam apa jua amalan kita di dunia ini haruslah berterusan tetapi juga harus diingat, amalan yang dimaksudkan adalah amalan yg soleh dan bukan perbuatan dosa.
entry kali ini sy nk sntuh tntang jangan berputus harap dengan keampunan Allah..


Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.sebagai seorang muslim yang percaya akan wujudnya sifat " Al-Ghafur " di dalam dunia ini kita seharusnya banyak berdoa meminta keampunan daripada Allah taala..
mengapa nabi Adam 'alaihi salam dicampak ke bumi dan mengap Allah tdak mmberikan keampunan di dalam syurga sahaja??
hal ini kerana di dunia inilah adanya sifat yang maha pengampun itu..wallahu ghafurun rahim


dalam hadith qudsi yang diriwayatkan At-tirmidzi, Allah s.w.t berfirman : 


" Hai anak Adam, kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke langit, kemudian engkau memohon keampunanNya, nescaya aku ampuni bagi engkau. Hai anak Adam, sesungguhnya kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui Aku padahal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan suatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi".


Hadith tersebut menerangkan betapa Allah maha pengampun hatta dosa yang banyak sekalipun.sesungguhnya Allah berkenan untuk mengampuni dosa-dosa anak Adam yang memohon istighfar merendahkan diri dan mengakui kehambaannya.firman Allah :


"Dan mintalah keampunan (istighfar) kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepadaNya". [Hud:90]


stighfar adalah dengan lidah, dan taubat adalah dengan menjauhkan hati dan anggota dari mengerjakan dosa.kedua-duanya bekerjasama dalam satu haluan dan cita-cita yg disebut do'a, untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.

JANGAN BRPUTUS ASA!!!

Friday, January 14, 2011

BISMILLAH PON SUSA??

Assalamualaikum..
da besawang blog nih..nk besihkan la harini.
nak bekongsi cerita tentang betapa berkat atau dlm bahasa pasar, betapa powernye kalam2 Allah dalam kehidupan manusia..bukan nak amek ayat yang panjang2 cume ayat bismillah jer..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. 

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." 



Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


jadi kisah yg singkat ni mnceritakan btapa kalamullah yg mukjiz ini mmpunyai banyak kelebihan..
jadi, apa lagi..nak wat something tu kita same2 praktis mula dengan bismillah..xsusa kan..slamat beramal..:)