Sunday, February 27, 2011

USAH PUTUS ASA!!

assalamualaikum...
usah putus asa..suatu ungkapan yg biasa tetapi sgt bermakna..
sememangnya dalam apa jua amalan kita di dunia ini haruslah berterusan tetapi juga harus diingat, amalan yang dimaksudkan adalah amalan yg soleh dan bukan perbuatan dosa.
entry kali ini sy nk sntuh tntang jangan berputus harap dengan keampunan Allah..


Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.sebagai seorang muslim yang percaya akan wujudnya sifat " Al-Ghafur " di dalam dunia ini kita seharusnya banyak berdoa meminta keampunan daripada Allah taala..
mengapa nabi Adam 'alaihi salam dicampak ke bumi dan mengap Allah tdak mmberikan keampunan di dalam syurga sahaja??
hal ini kerana di dunia inilah adanya sifat yang maha pengampun itu..wallahu ghafurun rahim


dalam hadith qudsi yang diriwayatkan At-tirmidzi, Allah s.w.t berfirman : 


" Hai anak Adam, kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke langit, kemudian engkau memohon keampunanNya, nescaya aku ampuni bagi engkau. Hai anak Adam, sesungguhnya kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menemui Aku padahal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan suatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi".


Hadith tersebut menerangkan betapa Allah maha pengampun hatta dosa yang banyak sekalipun.sesungguhnya Allah berkenan untuk mengampuni dosa-dosa anak Adam yang memohon istighfar merendahkan diri dan mengakui kehambaannya.firman Allah :


"Dan mintalah keampunan (istighfar) kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepadaNya". [Hud:90]


stighfar adalah dengan lidah, dan taubat adalah dengan menjauhkan hati dan anggota dari mengerjakan dosa.kedua-duanya bekerjasama dalam satu haluan dan cita-cita yg disebut do'a, untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.

JANGAN BRPUTUS ASA!!!

No comments: