Balaghal ula be kamaalihi.Kashafad duja be jamalihi.Hasanat jami'u khisaalihi.Sallu 'alayhi wa aalihi.
Monday, August 2, 2010
MAAFKANKU...
FORGIVE YOURSELF, OTHER PEOPLE. But before forgiveness comes in, think about how other people hurt. Then realize that you can see yourself for what you actually are and not how they want you to be. So finding happiness is no longer rooted outside, but it's inside you - what you see, how you view things, what you want. Then it leads to your choice : to live your life with yourself.
Wednesday, June 9, 2010
RIYA'??
SALAMULLAHI ‘ALAIKUM WARAHMATUHU WABARAKATUH...
وذكّر فإن الذكر تنفع المؤمنين
[peringatkanlah karena sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang-orang yang beriman]
Sedikit kupasan daripada kitab tanbighul ghafilin (peringatan bagi orang2 yang lupa) karangan Abbullaits assamarqandi berkaitan dengan amal perbuatan yg tidak ikhlas. .
Dan adapun riya’ itu ialah beramal untuk dilihat orang dan dipuji.seseorang yg beramal haruslah bersih hatinya dari segala tujuan selain keridhaan Allah.
Seorang ahli hikmat berkata, contoh orang yang beramal dengan riya’ itu umapama seorang yg pergi ke pasar dan mengisi kantongnya dengan batu supaya orang yg melihatnya akan merasa kagum dan berkata:
Penuhnya kantung org tu!! Tetapi hakikatnya pemiliknya tidak mendapat apa2 melainkan pujian semata-mata. Dan begitulah jua org yg beramal dengan riya’ sum’ah tidak ada pahalanya di akherat kelak.
Pada hari qiamat kelak beberapa orang diperintahkan untuk dibawa ke sorga dan setelah melihat keindahannya dan merasakan bau yg harum maka diperintahkan untuk dibawakan orang itu jauh dari sorga tersebut kerana tiada bahagian baginya di dalam sorga tersebut. Mereka berkata: “ Ya tuhan, mengapa kau masukkan kami ke dalam neraka sedangkan sebelum itu kau memperlihatkan kepada kami syurga yg telah engkau sediakan bagi para waliMu?
Jawab Allah: sengaja aku berbuat begitu kepada kamu. Kamu dahulu apabila bersendirian berbuat dosa-dosa besar, dan bila di muka orang-orang berlagak alim sopan dan ta’at, kamu hanya riya’, memperlihatkan kebaikan kepada manusia, dan tidak takut kepadaKu,kamu mengagungkan orang dan tidak mengagungkan Aku,maka kini Aku merasakan kepada kamu kepedihan siksaKu, di samping aku haramkan atas kamu kebesaran pahalaKu.
Tanda org yg riya’ itu ada empat: malas jika bersendirian, dan tangkas bila di muka orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.- Ali bin abi thalib.
Jadi sedikit peringatan ini bagi sahabat2 islam yg disayangi agar kita manusia yg sentiasa lupa ini menjaga segala amalan kita dripada sifat riya’.dan sifat riya’ ini selalu ada dalam hati orang2 munafiq, dan orang yg munafiq itu amat besar seksaannya di akhirat kelak-
إن المنافقين في الدرك الأسفل من النار
Innal munafiqiin fiddarkil asfali minannar
Dan orang munafiq itu tempatnya dalam tingkat terbawah dalam api neraka..nauzubillah.
WALLAHU A’LAM..
Monday, April 19, 2010
Hijrah ibarat keldai??
Knape post asek berkaitan tentang haiwan ye..he2.saje nk tarik phatian
Tajuk tazkirah ini adalah berkaitan dengan hijrah kepada Allah dan RasulNya dgan sbenar2 hijrah..
إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه
Dalam hadith tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya itu itu adalah kepada Allah dan rasulNya. Barangsiapa yang berhijrah kpada dunia atau wanita untuk dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yg dia hijrahkan..
Suka di sini untuk mengambil kata2 yang pernah diungkapkan oleh syeikh Ibn ‘Ata’ Allah al-sakandari (r.h) Dalam kitabnya :
لا ترحل من كون الى كون, فتكون كحمار الرحى يسير, والمكان الذي ارتحل اليه, هو الذي ارتحل عنه ولكن ارتحل من الأكوان الى المكوّن, وإنّ إلى ربك المنتهى
Maksudnya:
Janganlah anda berpindah (berhijrah) daripada alam makhluk menuju ke alam yg lain, nescaya engkau akan jadi seperti keldai pengirah air ( atau keldai pengisar gandum) yg berjalan, sedangkan tempat yg ia tujui itu, itulah juga tempat yg ia mulakan perjalanannya. Tetapi, hendaklah anda berhijrah daripada makhluk menuju Tuhan Pencipta Makhluk. Sesungguhnya kepada tuhanmu itulah tempat (perjalanan) terakhir.
Perjalanan daripada suatu alam menuju ke suatu alam bermaksud perjalanan daripada suatu makhluk untuk mencari makhluk, seumpama orang yang hidup secara zuhud di dunia dan memfokuskan diri beribadah kepada Allah, di mana dengan perbuatan itu dia mencari keselesaan tubuh badannya dan mencari habuan dunia..(Ibn ‘Ajibah, 125)
Antara niat mereka beribadah adalah untuk:
-mencari keistimewaan di kalangan manusia seperti mencari penghormatan manusia atau penerimaan manusia terhadap dirinya, atau mencari kemegahan atau mencari kemaliaan diri serta menanam perasaan hebat dalam hati manusia terhadap dirinya.
-mencari karamah atau keramat dan perkara-perkara pelik yg bertentangan dengan kebiasaan adat
-mencari mahligai dan bidadari di syurga dan lain2.
Jadi tidak wajarlah seorang hamba itu meninggalkan mana2 habuan dunia ( seperti zuhud meninggalkan kemewahan dunia) tetapi dlm masa yg sama dia berusaha mencari habuan dunia yg lain pula bentuknya atau mencari kepentingan diri atau kepuasan hawa nafsunya dalam pelaksanaan ibadahnya.
Maka, seseorang hamba yg ingin berjalan menuju Allah (s.w.t) amat wajar mengangkatkan segala hemahnya kepada Allah Tuhan yg Maha Mulia, maka dengan cara itu dia akan berpindah daripada melihat makhluk kepada mencari syuhud Allah. Atau, dia pasti akan berpindah daripada mencari dalil dan bukti kewujudan Allah kepada martabat syuhud dan penyaksian segala bukti kewujudan dan kebesaran Allah. Itulah matlamat tertinggi dan stesen terakhir perjalanan hidup seorang hamba di dunia ini. Firman Allah (s.w.t) :
وأنّ إِلى ربك المنتهىَ
Dan sesungguhnya, kepada tuhanmu, itulah (matlamat perjalanan) yang terakhir
(surah al-najm: 42).
Daripada Allah kita datang, untuk Allah kita beribadah dan kepada Allah jua kita akan kembali..
peringatan bagi diri yg hena dan sahabat2 yg dikasihi..
Monday, February 8, 2010
NEGARA ZIKIR : SATU PENGENALAN
MANUAL AMALAN MASYARAKAT..NEGARA ZIKIR : SATU PENGENALAN..
tajuk ateh ni adalah tjuk perbincangan dalam program bicara sufi yg dibahaskan oleh ahli jilsah thuruq sufiyyah negeri sembilan dan juga mantan mufti n9 iaitu Dato' Hj murtadza bin Hj Ahmad..
zikir adalah amalan yg digalakkan oleh syariat Islam. tp, ianya seolah2 dlupakan.al-zhikir skang slalu dianggap sbgai satu amalan yg dilakukan oleh golongan tertentu.
Ia juga dianggap sbgai amalan yg bercanggah dan boleh mmbawa kpada kemunduran serta bercanggah pula dgn dalil2 drpda Al-quran dan al-hadith.sdgkan ianya adalah satu suruhan yg msti dilakukan oleh umat Islam.Ianya boleh dilakukan dlm apa jua keadaan..
فاذكروني أذكركم وشكرولى ولا تكفرونز..
(fazkuruuni azkurkum wasykuruuni wala takfurun..)-Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dgn mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dgn kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan jgnlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).(surah al-baqarah, 2:152)
negara umat Islam akn mnjadi perkasa dan sentiasa berada di bawah naungan Allah jika seandainya umat Islam itu sendiri menunjukkan minat dan kecintaannya terhadap amalan ketaatan dan meninggalkan segala laranganNya..walaupun manusia disuruh agar berusaha tetapi Allah tetap menjadi penentu kpd kejayaan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara.
setelah melihat dan meneliti kepentingan zikir ini dalam kehidupan peribadi dan kehidupan bernegara maka dah smpi masanya amalan zikir ini dibudayakan. Menbudayakan zikir bkn bererti utk menjadikannya sbgai upacara rasmi yg akn dtentukan tarikh dan tempatnya. sebaliknya membudayakan amalan zikir ini ialah memprogramkannya sehingga warga Negara seluruhnya akn mengingati Allah dalam apa jua keadaannya..
Adalah besar harapan kita utk melihat Malaysia menjadi Negara Islam contoh dalam mendidik masyarakatnya supaya berzikir kpd Allah.Rakyat yg berzikir dan sntiasa mengingati Allah akn mndapat rahmat disisi Allah dgn kadar yg xdpt dibayangkan oleh kemampuan manusia itu sendiri..Wallahua'lam.
Tuesday, January 19, 2010
Antara 2 MUHAMMAD
Jawapan Kepada Kenapa Al-Fateh Hebat (copy from rijal82.blogspot.com)
post ni saje je coz nk review mende yg ust syaari pna explen tyme cramah sal sultan muhammad al-fateh..1 cramah yg mantop.sbb b4 ni pon xpna dgr cte sal bginda..hope after dis ade lg la crmah2 cmni ye..:)..dan thanx to kila coz klu ko xmtk tlong ritu ak agk mls nk carik point2 pntg..weee
"Wow, hebatnya Al-Fateh, tidak pernah meninggalkan tahajjud sejak dari aqil baligh" "Wow, hebatnya Al-Fateh, mampu mencipta meriam Urban yang melumpuhkan pertahanan Byzantium"
"Wow, hebatnya Al-Fateh, menguasai 7 bahasa."
"Wow, hebatnya Al-Fateh, memindahkan 70 buah kapal dengan melalui bukit bukau."
Sindrom "WOW" atau hero-worshipping tidak memberikan faedah kepada generasi baru gerakan Islam. Apa yang dinyatakan "WOW" tersebut hanyalah "effects" kepada satu "real cause" yang lebih wajar untuk ditakjubi dan diteladani. Akar kehebatan Sultan Muhammad tidak akan diketahui tanpa pembacaan mendalam sumber-sumber muktamar mengenai Usmaniah itu sendiri.
Demikianlah kuasa SISTEM PENDIDIKAN ISLAM USMANIAH OLEH PARA ULAMA (muderrsi) mereka. Sistem yang sama tetapi telah diwajibkan ke atas pelbagai generasi kepimpinan Usmaniah yang berubah setiap zaman dan ketika.
“A student, MUST study ALL the sciences, since they complement each other in forming a single word." - Taskopruluzade Ahmed (Ottoman Encyclopaedist dan antara guru terbaik Usmaniah melalui kitabnya Shakaik al-Nu'maniya, sebuah kajian biografi dalam bahasa Arab mengenai 522 orang ulama besar Usmaniah)
Inilah sistem pendidikan menyeluruh kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Jelas, beliau tidak menjadi hebat secara ‘kebetulan’, tetapi telah ‘dirancang’ dengan sistematik oleh para "muderris" Usmaniah.sdikit pndangan dari diri yg hina ini...
assalamualaikum..saya rasa antara faktor lain, bginda merupakan seorang sufi yg hebat dan tidak pernah mnggalkan tahajud smenjak baligh..perlu kite tkan peranan sufi dalam kehidupan sbgai seorg muslim yg inginkan syurga Allah.Bak kata tuan guru nik aziz, Islam tidak lengkap jika tiada tasawwuf..dan ilmu tasawuf ni brkait rapat dgn konsep SQ yg ust terangkan haritu..bukankah kita pernah dgr kejayaan tokoh2 ulama sufi yg akbar seperti Syeikh Kadir Jailani yg mana xsilap saya, ade hadis nabi yg mnyebutkan kisah tntg dia.hadisnya lbih kurg cmni, akan datang, akan muncul seorang hamba Allah yg mampu untuk mengislamkan sebuah kaum scara sekaligus..hal ni dpt kita lihat dlm kisah syeikh ni yg menhidupkan org yg sudah mati slepas dicabar oleh seorg paderi..dialah kekasih Allah dan diangkat darjatnya sbgai ketua para awliya'Allah..Allahuyubarikfih..dan konsep Spiritual dalam ilmu tasawuf sgt hebat kesannya..ada ulama menyatakan bahawa, para wali Allah ini, Allah melipat2kan dunia baginya..bak kate tok gru sy,kalau setan tu boleh pergi dari hjung dunia ke hujung dunia dalam sekelip mata, tkkn manusia yg lg mulia daripadanya xboleh..jd sy brpendapat bahawa cara didikan yg diberikan oleh syeikh kpda sultan muhammad ini berteraskan penyucian rohani (tazkiyah) sehinggakan bginda mnjadi seorg sufi yg hebat..wallahua'lam
Thursday, December 31, 2009
tazkiyah di bulan muharram
"sesungguhnya Org2 yg beriman itu apabila disebutkan nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat Allah ke atas mereka maka bertambah keimanan mereka. (surah al Anfal : 2)"
Tahun demi tahun datang silih berganti..peredaran tahun ke tahun yg baru bermakna berkurangnya baki umur seseorang..dalam erti kata lain, semakin banyak usia kita, semakin dekat dngn JanjiNya pada ketentuan ilahi..
jadi..smakin kita mningkat usia, smakin kita perlu mendekatkan diri kepada Allah..
kepada sahabat2 skalian..Beribadahlah selagi nyawa dikandung badan dan selagi darah masih mengalir dalam jasad..janganlah semakin mngkat usia kita, semakin jauh daripadaNya..
Tahun demi tahun datang silih berganti..peredaran tahun ke tahun yg baru bermakna berkurangnya baki umur seseorang..dalam erti kata lain, semakin banyak usia kita, semakin dekat dngn JanjiNya pada ketentuan ilahi..
jadi..smakin kita mningkat usia, smakin kita perlu mendekatkan diri kepada Allah..
kepada sahabat2 skalian..Beribadahlah selagi nyawa dikandung badan dan selagi darah masih mengalir dalam jasad..janganlah semakin mngkat usia kita, semakin jauh daripadaNya..
TO all ma frends..luv u very much!!
jadilah shabat2 yg bersama menuju ke syurga Allah..
Thursday, December 24, 2009
Purity of heart
What makes the Sufi? Purity of heart;Not the patched mantle and the lust perverse,
Of those vile earth-bound men who steal his name.
He in all dregs discerns the essence pure:
In hardship ease, in tribulation joy
Diri yg hina ini tertarik pada puisi nukilan jalaludin rumi berkaitan dengan sufism..
hari ini manusia byk memandang enteng terhadap perkara2 ketuhanan.ade yang berpendapat bahawa ilmu kesufian itu tidak wujud dan tidak diterima akal..tetapi sejarah telah membuktikan ulamak2 kabir dizaman2 dahulu sememangnya mengamalkan amalan2 tasawwuf ataupun tareqat..kalu cakap bab tareqat zaman ni, ade yg respon..Weh sesat ni..mnipu je ni..xde dlm kamus pon istilah2 ni..
ingatlah.."Barangsiapa yang Buta di dunia (tidak kenal Allah), maka lagi butalah dia di akhirat kelak"..ust2 skarang pon da xrmi yg tahu menahu tenteng hakikat ini..seprti cntoh, mlihat kenyataan seorg ust bernama rasul dahri..bagaimana die boleh brkata sedemikian..korg bley lihat sndri kytaan beliau..
tetapi..berbeda pule dgn pndapat ulamak tersohor negara kita ini..
Zaman sekarang orang menyibukkan diri dengan mempelajari ilmu-ilmu yang tidak berhubungan dengan dirinya sendiri dan melupakan tentang ilmu mengenal diri. Tasawuf adalah ilmu untuk penyucian hati dan ilmu untuk mengenal diri agar bisa mengenal Tuhan. Tasawuf bukan sekedar ilmu yang dibaca dan dihapal lalu dipraktekkan menurut selera masing-masing. Tasawuf pada intinya adalah ilmu kerohanian yang membutuhkan seorang Master yang ahli untuk membimbing manusia kepada Tuhan. Dialah Mursyid yang bukan hanya mengatakan bahwa Allah itu Esa dengan segala sifat-sifat-Nya tapi juga bisa mengantarkan muridnya langsung bertemu dengan Allah sebagaimana pengalaman Imam Al Ghazali diantarkan kehadirat Allah oleh Guru Mursyidnya.. diri kita ini jika dibandingkan dengan syeikh abdul kadir al-jailani bagaikan langit dan bumi..dialah wali Allah..kekasih Allah..
Ya Allah..sesungguhnya pahala al fatihah ini aku hadiahkan buat junjungan besar nabi Muhammad S.W.A dan rohaniah para awliya'Allah..
Subscribe to:
Comments (Atom)





